Sunday 12 May 2013

(Tips android) bagaimana memadamkan gambar yang kosong


[TIPS] BAGAIMANA UNTUK MEMADAM GAMBAR DAN FOLDER KOSONG DARI GALERI

Friday, 26 April 2013


Adakah Galeri dalam peranti anda dipenuhi dengan gambar-gambar kosong, gambar dari Instant Upload, dan folder yang tidak dikehendaki? Gambar dan folder yang kelihatan di dalam peranti sebenarnya bukanlah berada di dalam peranti kita tetapi ianya berada di dalam akaun Picasa. Akaun Picasa adalah Storan Maya yang menyimpan segala gambar dari Instant Upload, Google+, Blogger dan servis lain yang diselenggarakan oleh Google. Segala gambar dan folder yang kelihatan telah disegerakkan secara automatik setelah kita log masuk akaun Google[Gmail]. Memandangkan gambar dan folder yang kelihatan itu tidak berada di dalam peranti itu sendiri, percubaan untuk memadam secara terus adalah mustahil. Jika anda mengalami masalah ini, jangan risau kerana anda tidak keseorangan.

Jom kita mulakan dengan Google+ dahulu. Log masuk kedalam akaun Google+ anda dan terus ke bahagian Instant Upload. https://plus.google.com/photos/instantupload

Di sana pilih mana satu gambar yang ingin anda padam atau simpan. Gambar dari Instant Upload di susun mengikut tarikh ia dimuat naik.

Tetapi kecacatannya disini, anda hanya boleh memadam gambar sahaja sedangkan tiada pilihan disediakan untuk memadam folder sekaligus. Jika anda hanya memadam gambar, folder kosong tetap akan terpapar di galeri peranti.

Untuk memadam Folder, anda perlu ke Pacasa Web melalui link https://picasaweb.google.com/home. Jika link tersebut terus mambawa anda ke akaun Google+, cuba link ini https://picasaweb.google.com/lh/myphotos?noredirect=1

0 comments:

Post a Comment

Untung pantas

LinkWithin