Sunday 12 May 2013

(Android tips) How to reset china tab


[TUTORIAL] HOW TO HARD RESET CHINA TABLET LV3/NS3/A088

Thursday, 14 February 2013

Sepertimana post kami sebelum ini mengenai cara bagaimana untuk masuk ke mod recoverybagi melakukan   pengesetan semula data kilang, disini kami ingin menunjukkan satu lagi cara untuk tujuan yang sama. Kali ini caranya sedikit berbeza kerana kita tidak akan ke mod recovery tetapi lebih kepada Test Menu. Berikut adalah caranya:

Langkah 1: Matikan tablet anda.

Langkah 2: Tekan Volume- bersama Power Button serentak sehingga anda masuk ke Test Menu seperti contoh dibawah.
P/S: Test Menu menyokong sentuhan.




Langkah 3: Didalam Test Menu, semua perkara ditulis dalam bahasa cina menyebabkan kesukaran bagi kami untuk faham. Tetapi kami akan cuba membantu anda. Tekan bar sebelah kanan di bahagian atas sekali[ nombor 2]. Klik pada gambar jika kurang jelas.

Langkah 4: Setelah bar nombor 2 ditekan, anda akan masuk pula kepada menu seperti dibawah. Kemudian tekan bar di sebelah kanan di bawah bar imei[untuk memadam data didalam tablet]. Seterusnya tekan bar di sebelah kanan bawah sekali[tulisan berwarna hijau].



Langkah 5: Setelah selesai memadam data, anda hanya perlu mematikan tablet anda. Tekan bar di sebelah kiri bawah sekali dan kemudian tekan bar dengan tulisan hijau. Ikuti contoh gambar dibawah.


Langkah 6: Hidupkan semula tablet anda dan selesai.

P/s: Untuk sesetengah model sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Untung pantas

LinkWithin